Tuesday 25 March 2014

MH370. Jangan Pernah Putus Harapan

Baru beberapa ketika seluruh dunia digemparkan dengan kenyataan dari sidang media dan Perdana Menteri Malaysia.

MH370 berakhir di satu wilayah terpencil Lautan Hindi. Suatu perkhabaran yang menitikkan air mata dan menikam sakit di jiwa. Ada saudara kita di dalamnya. Di dalam MH370. Saudara seagama. Saudara seislam. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airliens yang hilang sejak 8 Mac lalu terhempas di selatan Lautan Hindi di barat Australia.

Beliau yang bercakap kepada media pada malam Isnin berkata, berdasarkan analisis baru, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) telah menyimpulkan bahawa pesawat MH370 telah terbang di sepanjang Koridor Selatan, yang berada di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.


“Kedudukan itu jauh dari mana-mana lokasi pendaratan, dan dengan duka cita saya perlu memberitahu anda bahawa menerusi perkembangan terbaharu ini, pesawat MH370 ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi,” katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777, hilang dari radar Malaysia pada pukul 1.30 pagi 8 Mac selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing.


Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.


-mstar


 walaupun berita seperti itu telah di keluarkan Perdana Menteri kita...kita sbg umat Islam jgn lah sesekali putus berdoa...jgn sesekali putus harapan..di suatu sudut di hati saye mendoakan agar mereka masih selamat...al-fatihah

No comments:

Post a Comment