Tuesday 15 April 2014

Vanilla Muffin Ala Kenny Rogers

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung
3/4 cawan gula castor
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan susu, full cream Dutch Lady
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur, saiz besar
1/2 cawan butter, cairkan

Cara Membuat:
1. Panaskan oven kepada 180 degree celcius
2. Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
3. Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan butter yg dicairkan. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati.
4. Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.
Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh,
5. hiaskan dengan hirisan badam dan bakar selama 20 minit.

Tips : Pastikan butter cair dan sejuk pada suhu bilik supaya telur tidak menjadi masak semasa proses mengadun.

No comments:

Post a Comment